Monday 25 November 2013

Beli Aplikasi di Apps Store menggunakan Debit Kad

Kepada para pengguna gadget berdevice Apple (iphone, ipad, MacBook), boleh dikatakan kita agak 'mesra' dengan Apps Store. Boleh dikatakan setiap minggu, kita akan melawat Apps Store tiga (3) kali seminggu untuk membeli-belah aplikasi baru, atau mungkin mengupdate aplikasi yg sedia ada.

Kebiasaannya method yg digemari oleh ifags untuk membuat pembelian di Apps Store atau iTunes adalah menggunakan Kad Kredit. Tapi bagi yang tiada Kad Kredit, boleh juga membuat pembelian menggunakan Debit Kad(Maybank,Cimb,Kwik Kad,etc), ataupun menebus ganjaran dari Gift Card Apple.
Cara membuat pembelian menggunakan Debit Kad :

Setup "Payment Information"











Sunday 24 November 2013

Tanam Emas dalam mata

Wanita memang meminati barang kemas tetapi Lucy Luckayanko bertindak melampau apabila menanam perhiasan itu di dalam matanya.

Beliau menghabiskan AS$3,000 (RM9,640) untuk menjalankan pembedahan memasukkan emas putih berbentuk hati ke dalam mata putih kanannya.



Prosedur itu dilakukan Dr Emil Chynn dari Park Avenue Laser Vision di New York, pakar terlatih Harvard dan Universiti New York.


Bagi melakukan pembedahan itu, Chynn mulanya menyuntik ubat bius ke dalam mata Luckayanko.

Beliau kemudian melakukan kelaran kecil pada mata Luckayanko menggunakan forsep dan memasukkan emas putih bersaiz 3.5 milimeter.

Prosedur cuma mengambil masa beberapa minit dan Luckayanko pulang dengan mata berisikan barang kemas.

Chynn berkata, prosedur itu amat selamat.
“Ia cuma kepingan platinum amat kecil yang dibuat untuk dimasukkan ke dalam bahagian atas mata, dan tiada risiko buta langsung.
“Mungkin berlaku sedikit pendarahan tetapi hilang beberapa hari atau minggu. Luc-kayanko mungkin mendapat jangkitan tetapi kami menghalangnya dengan antibiotik,” katanya.

Akademi Oftalmologi Amerika Syarikat memberi amaran bahaya prosedur itu.

Mereka berkata, ada bukti menyokong keselamatan atau nilai terapeutik prosedur itu dan orang ramai perlu mengelak daripada meletakkan apa-apa dalam mata yang tidak mendapat kelulusan Bahagian Pentadiran Makanan dan Perubatan Amerika Syarikat (FDA).

Beberapa hari selepas prosedur itu, Luckayanko berkata, beliau tidak mempunyai masalah atau kesakitan akibat pembedahan itu.

“Lima puluh peratus rakan berkata saya gila tetapi 50 lagi berasa ia hebat,” katanya.

Bentuk emas putih itu boleh ditukar pada harga AS$1,000 (RM3,213).

Friday 22 November 2013

Messi hambur pujian kepada Ronaldo

Bintang Barcelona, Lionel Messi, menghamburkan pujian kepada Cristiano Ronaldo ekoran persembahan cemerlang beliau menjaringkan gol bagi membantu Portugal melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia di Brazil tahun depan.




Superstar bola sepak berasal dari Argentina itu mengeluarkan penghormatan tersebut dalam satu temu ramah yang disiarkan semalam di tengah-tengah spekulasi yang meningkat bahawa Ronaldo bakal dipilih sebagai Pemain Terbaik Dunia.
Sehari selepas menerima anugerah Kasut Emas kerana menjaringkan 46 gol dalam pertandingan liga musim lalu - jumlah paling banyak di kalangan semua pemain di Eropah - Messi, 26 tahun, tidak lupa memuji pesaingnya dari pasukan Real Madrid itu.
"Saya tidak tahu sama ada Ronaldo berada pada tahap permainan terbaiknya tetapi beliau sentiasa menjaringkan gol dalam semua perlawanan sama ada ketika mewakili kelab atau beraksi untuk pasukan negaranya," kata Messi kepada akhbar harian Sepanyol, Marca, dan beberapa wartawan sukan Eropah lain.




"Beliau melakukan perkara sama selama beberapa tahun dan persoalan sama ada beliau berada di puncak atau hampir kepadanya tidak banyak berbeza."
Dengan prestasi cemerlang yang dipamerkan sejak kebelakangan ini, Ronaldo, 28 tahun, kini muncul sebagai pilihan memenangi anugerah Ballon d'Or tahun ini untuk mengatasi Messi, yang memenanginya empat kali berturut-turut sebelum ini.
Ronaldo menjaringkan hatrik Selasa lalu untuk membantu Portugal menyingkirkan Sweden daripada persaingan ke Brazil pada Jun depan.
Dalam perlawanan yang disifatkan sebagai pertembungan dua superstar bola sepak - Ronaldo dengan Zlatan Ibrahimovic - itu, Ronaldo menjaringkan keempat-empat gol, termasuk satu dalam perlawanan perlawanan pertama. Ibrahimovic pula menjaringkan kededua gol Sweden.
Selain itu, Ronaldo juga mendahului senarai penjaring terbanyak dalam La Liga Sepanyol dengan 16 gol dalam 13 perlawanan. Messi pula menjaringkan 11 gol dalam lapan perlawanan tetapi terpaksa berehat selama lapan minggu kerana kecederaan otot paha kirinya

Hyundai Tucson ix35 Fuel Cell (15 gambar)

John Krafcik, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Hyundai Motor America (kiri), kelmarin memperkenalkan kereta Tucson Fuel Cell, kereta elektrik kuasa hidrogen syarikat itu di pameran kereta Los Angeles.
Kereta yang menggunakan hidrogen dan hanya mengeluarkan wap air sebagai bahan buangan kini muncul menjadi saingan kepada kenderaan elektrik sebagai pengangkutan masa depan dunia.




Kenderaan kuasa hidrogen lebih menarik berbanding kenderaan elektrik kerana kuasanya boleh ditambah semula dengan cepat.
Namun satu masalah bagi bakal pemilik kereta kuasa hidrogen ialah sedikitnya stesen mengisi semula hidrogen dan kos tinggi untuk membina stesen itu.



Kelmarin, di pameran kereta di dua benua, tiga syarikat pembuat kereta memperkenalkan kenderaan menggunakan kuasa hidrogen yang akan dijual kepada orang ramai pada musim bunga akan datang.
















Thursday 21 November 2013

Apple saman Samsung AS$ 290 juta

 Juri Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat (AS) hari ini memerintahkan Samsung membayar AS$290 juta ganti rugi kepada Apple dalam perbicaraan semula kes meniru paten membabitkan dua firma gergasi telefon pintar itu.

Sebelum ini jumlah sebenar tuntutan ganti rugi itu ialah AS$450 juta namun kes itu tidak diterima hakim mahkamah.


                                 Ibupejabat Apple.Inc di Cupertino Amerika Syarikat

Ia adalah susulan tuntutan semula yang berjumlah hampir AS$600 juta yang difailkan Apple dalam perbicaraan yang berlangsung tahun lalu.


Apple menuduh pesainganya dari Korea Selatan itu meniru reka bentuk dan teknologi telefon pintar serta tablet yang menjadi hak milik dan ciptaannya.
                                      Ibupejabat Samsung di Seoul Korea Selatan

Namun kes yang bermula pada Ogos 2012 itu kerap ditunda kerana ia membabitkan beberapa rayuan sepanjang perbicaraan.

Keputusan sebelum ini membabitkan penganugerahkan ganti rugi AS$1 bilion tetapi dikurangkan oleh Hakim Lucy Koh pada Mac lalu kepada AS$450 juta.

Pada perbicaraan itu, juri memberikan ganti rugi kepada Apple berjumlah AS$1.05 bilion selepas mendapati 26 produk Samsung telah melanggar enam hak cipta Apple.
Namun hakim mendapat tahu juri tersalah kira AS$400 juta dalam ganti rugi bagi 13 produk dan mengarahkan perbicaraan baru untuk menentukan jumlah yang sebenar.

Meskipun Apple memenangi kes yang menjadi perintis ini tahun lalu, namun ia dikatakan tidak membawa banyak kesan kepada penjualan telefon pintar baru di pasaran meskipun Apple yang berpangkalan di California itu memohon injuksi mahkamah agar beberapa produk Samsung dilarang dijual di Amerika Syarikat.

Review Sony DSC QX10 dan QX100

Sony telah mengumumkan produk terbaru mereka sony QX10 dan QX100. Apa itu QX10 dan QX100? Sony QX10 dan QX100 lens berkuasa tinggi bagi semua smartphone, android dan iOS. Lens ini boleh dipasang kepada smartphone atau android atau sistem iOS seperti lense yang boleh ditukar ganti pada dslr. Pengguna hanya perlu install software yang disediakan oleh sony.



Dengan pengeluaran sony QX10 dan QX100 ini maka Samsung Galaxy Zoom akan mengalami kelembapan penjualan.
Jika dilihat pada produk ini jelas kelihatan lens yang dihasilkan adalah keluaran carl Zeiss. Kualiti lens dari zeiss memang tidak dinafikan kehebatannya.


Lens QX10 mempunyai 18.9-megapixel camera dengan 1/2.3″ (7.76mm) Exmor R CMOS sensor. The QX100 pula mempunyai 20.9-megapixels dengan 1-inch (13.2×8.8mm) Exmor R CMOS, 3.6x optical zoom, F1.8-4.9, and 10.4-37.1mm. Kedua-dua lense ini perlu dipasang dengan bateri dan juga mempunyai kad memori yang boleh external.



Harga yang diumumkan ialah QX10 USD 248 (untuk warna hitam dan putih) dan QX100 yang lebih berkuasa berharga USD498 (hitam dan putih).
Sebenarnya lense ini adalah kamera zoom yang direka berbentuk seperti lens DSLR dan mempunyai kemampuan untuk memindahkan gambar ke dalam sistem android atau smartphone atau iOS tanpa menggunakan kabel pemindah. Ini yang dinamakan teknologi.

Oleh itu selamat mengumpul duit. Kita tunggu pengumuman harga QX10 dan QX100 di Malaysia.





Tuesday 19 November 2013

Debu panas Sinabung menjulang 8,000 meter


Seorang lelaki memerhatikan muntahan asap panas daripada Gunung Sinabung di daerah Karo, utara pulau Sumatera, kelmarin.
Seminggu lalu, pihak berkuasa mengatakan lebih 5,000 orang telah dipindahkan daripada rumah mereka sejak gunung berapi itu meletup awal bulan ini.
Setelah beberapa kali meletus sejak pertengahan September, kelmarin gunung berapi itu memuntahkan debu setinggi 8,000 meter ke udara dan menyebabkan penerbangan terpaksa dipesongkan.
Penduduk yang dipindahkan juga tidak dapat pulang ke rumah masing-masing





Tuesday 12 November 2013

Messi cedera lagi

Lionel Messi mengalami kecederaan lagi tetapi pasukan Barcelona tetap mempunyai kekuatan membelasah Real Betis 4-1 dalam pertandingan bola sepak La Liga kelmarin.
Barcelona, selaku johan bertahan, menerima tamparan apabila Messi dari Argentina mengalami kecederaan buat kali ketiga musim ini dan telah meminta digantikan pada minit ke-21.
Tetapi Barcelona telah bergantung kepada Cesc Fabregas untuk menyumbatkan dua gol dan merintis satu lagi gol sebelum digantikan pada lewat permainan kerana kesakitan pada kaki kanannya.
"Kami memulakan permainan tanpa sebarang asakan ke atas pasukan lawan sehingga kami yang tertekan dalam 25 minit yang pertama.
"Tetapi kami bermain dengan baik selama 20 minit sebelum menguasai permainan dalam 45 minit kedua," kata Fabregas.




Fabregas, yang telah muncul dalam sembilan daripada 13 perlawanan dalam pertandingan La Liga dan tidak disertakan semasa pasukan itu meneswaskan AC Milan dalam Liga Juara-Juara Eropah, bertekad membuktikan kepada jurulatih, Gerard Martino, beliau pemain yang wajar diberikan pertimbangan.
"Saya tahu siapakah yang menjadi pilihan kesebelasan utama jurulatih kami.
"Tentunya, saya tidak termasuk dalam kesebelasan utama itu.
"Tetapi saya akan bekerja keras untuk memastikan saya juga mempunyai tempat dalam pasukan ini," beliau menambah.
Pasukan Barcelona kemudian memberitahu bahawa Messi dan Fabregas akan menjalani ujian bagi mengetahui keadaan kecederaan masing- masing.
Penjaga gawang Barcelona, Victor Valdes, telah menyelamatkan dua percubaan Jorge Molina sebelum Fabregas merintis peluang kepada Neymar untuk membuka tirai jaringan pada minit ke-35.
Pedro Rodriguez menjadikan kedudukan 2-0 dua minit kemudiannya melalui gerakan solo sebelum Fabregas muncul untuk menambahkan dua gol pada minit ke-63 dan minit ke-79.
Dengan kemenangan ini, Barcelona yang telah mencatatkan 12 kemenangan daripada 13 jadual perlawanannya kini mempunyai kelebihan tiga mata ke atas Atletico Madrid selepas pasukan itu seri 1-1 dengan Villarreal.
Messi, yang kelihatan telah kembali menunjukkan sentuhan jaringannya dengan menyumbatkan dua gol semasa Barcelona mengalahkan AC Milan dalam Liga Juara-Juara Eropah, telah mengalami kecederaan pada paha kirinya semasa membuat pecutan dan kemudian telah digantikan oleh Andres Iniesta.
"Kami akan bertemu dengan Messi agar kecederaan terbarunya itu tidak mengganggu fikirannya," kata jurulatih Barcelona.
Keputusan jurulatih Betis, Pepe Mel, untuk mengasak telah membawa padah kerana ia memberikan ruang kepada pemain seperti Neymar mengancam melalui gerakan serangan balas.
Bagaimanapun Betis tetap memperolehi gol tunggalnya selepas Molina memperdayakan Valdes melalui tendangan penalti selepas Dani Alves menjatuhkan Javier Matilla dalam kawasan penalti

Korea Utara hukum bunuh rakyat ingkar

Korea Utara secara terbuka menghukum mati 80 penduduknya awal bulan ini, kebanyakannya kerana menonton rancangan televisyen Korea Selatan yang diseludup, lapor akhbar Korea Selatan semalam.

Akhbar JoongAng Ilbo merujuk sumber tunggal yang tidak dikenali, tetapi sekurang-kurangnya satu kumpulan Korea Utara yang berpaling tadah berkata ia mendengar khabar angin yang boleh dipercayai.

Sumber, yang dikatakan biasa dengan unit hal ehwal dalaman Korea Utara dan baru-baru ini kembali daripada negara itu, berkata hukuman dijalankan di tujuh bandar raya pada 3 November lalu.
                                                   

“Di Wonsan, yang terletak di timur, pihak berkuasa mengumpulkan 10,000 orang di sebuah stadium untuk menyaksikan hukuman tembak sampai mati ke atas lapan orang,” kata sumber memetik saksi sebagai berkata.

Zon ekonomi khas

Kebanyakannya dituduh menonton drama televisyen Korea Selatan yang diseludup, dan sebahagiannya terbabit dengan pelacuran.

Beberapa bandar raya, termasuk Wonsan dan Pyongsong di barat, dianggap sebagai zon ekonomi khas yang bertujuan menarik pelaburan asing untuk menaikkan ekonomi republik itu.
Laman web berita beribu pejabat di Seoul, Daily NK, dikendalikan penduduk Korea Utara yang berpaling tadah dan mempunyai rangkaian sumber luas, berkata ia tidak mempunyai maklumat mengenai hukuman itu.

Namun satu lagi laman web yang juga dikendalikan penduduk yang berpaling tadah, North Korea Intellectual Solidarity, berkata sumber melaporkan beberapa bulan lalu mengenai rancangan melaksanakan hukuman secara terbuka.

“Rejim memang takut dengan kemungkinan perubahan pemikiran penduduk dan cuba menakutkan mereka,” menurut laman web rasmi.

Menonton filem atau televisyen luar - terutama dari Korea Selatan - adalah kesalahan serius di Korea Utara.

Bagaimanapun, usaha untuk mengawal pengedaran dihalang teknologi, dengan peningkatan bilangan diseludup menerusi cakera digital dan pemain mp3.
Selain drama bersiri Korea Selatan, rancangan Amerika Syarikat seperti Desperate Housewives juga dipercayai mempunyai peminat tersendiri.

Wednesday 6 November 2013

Fotografi Surrealistik Caras Ionut ( 8 gambar)

Caras Iount seorang jurugambar dan pakar dlm memanipulasi gambar digital Photoshop. Mari kita lihat antara hasil gambar-gambar surrealistik daripada artis kelahiran Romania ini.


Tuesday 5 November 2013

RM200 juta majukan Tanah Rizab Melayu

Pemilik tanah serta pemaju Bumiputera yang mahu membangunkan projek pembangunan bandar di Kuala Lumpur boleh mendapatkan pembiayaan menerusi Program Pembangunan Semula Tanah Rizab Melayu yang dikendalikan Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME Bank) mulai Januari depan.

Pengarah Urusan, Datuk Mohd Radzif Mohd Yunus, berkata dana pembiayaan itu yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2014 adalah antara langkah bagi menggalakkan lebih banyak penyertaan Bumiputera dalam pembangunan bandar.
Katanya, pertanyaan dan permohonan pembiayaan boleh dibuat di 19 Pusat Enterpris SME Bank, iaitu pusat perniagaan gabungan bank dan pusat sehenti yang direka khusus bagi memberi pendedahan kepada peminjam mengenai peranan dan kemudahan serta perkhidmatan disediakan bank itu.



Naik taraf nilai hartanah

“Pembiayaan disediakan ini bagi menyokong hasrat kerajaan supaya Tanah Rizab Melayu tidak ketinggalan dalam pembangunan Kuala Lumpur, sekali gus menaikkan taraf serta nilai hartanah di kawasan berkenaan.

“Dana pembiayaan ini akan disalurkan kepada pemilik tanah rizab Melayu atau pemilik tanah yang menjalin usaha sama dengan pemaju hartanah bagi membangunkan semula tanah rizab Melayu, termasuk bagi rancangan pembinaan unit komersial dan kediaman,” katanya kepada BH di Kuala Lumpur, semalam.

Menerusi Bajet 2014, SME Bank diberikan kepercayaan untuk menguruskan dana sebanyak RM200 juta bagi kemudahan pinjaman untuk program pembangunan semula Tanah Rizab Melayu di kawasan strategik seperti Kampung Baru, Kampung Pandan dan Kampung Datuk Keramat.


Perincikan prosedur

Dalam pada itu, Mohd Radzif turut menjangkakan dana berkenaan akan digunakan sepenuhnya tahun depan, bagaimanapun bergantung kepada permohonan yang diterima serta kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

Pada masa ini, SME Bank masih lagi memperincikan segala prosedur termasuk kriteria peminjam, had pinjaman pembiayaan yang bakal ditawarkan serta kadar faedah dikenakan, dan menjangkakan ia akan dapat dirumuskan tidak lama lagi.

“SME Bank akan mula mengagihkan dana program pembangunan Semula Tanah Rizab Melayu ini awal Januari 2014. Selain itu, kami menjangkakan Pusat Enterpris SME Bank yang terletak di Lembah Klang iaitu Shah Alam, Kajang dan Kuala Lumpur akan menerima paling banyak pertanyaan dan permohonan bagi pembiayaan ini,” katanya.

Pembangunan semula tanah rizab Melayu ini dilihat sebagai peluang besar kepada usaha untuk meningkatkan bilangan usahawan Bumiputera dalam sektor pembangunan hartanah dan pembinaan tempatan, tambahnya.


Peluang untuk PKS

“Kami melihat ia sebagai satu peluang yang baik kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Bumiputera secara khususnya untuk terbabit dalam program pembangunan semula tanah rizab Melayu ini.

“Dengan adanya pembangunan di kawasan yang strategik ini, sudah pasti akan meningkatkan lagi peranan syarikat PKS dalam pem ekonomi bandar yang mana akan memberi lebih banyak peluang kepada mereka terutama dalam sektor pembinaan, perkhidmatan profesional, komersial dan peruncitan,” katanya.

Mengulas Bajet 2014, Mohd Radzif berkata, ia memberi kesan positif kepada masyarakat usahawan kerana kerajaan memperkenalkan pelbagai insentif dan inisiatif bagi mengukuhkan lagi sektor PKS yang menyumbang secara ketara kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

“Kerajaan sudah menepati janji dalam menyediakan lebih banyak akses pembiayaan kepada sektor PKS. Penurunan cukai korporat juga dilihat memberi lebih banyak fleksibiliti kepada kedudukan tunai syarikat tempatan.

“Perbelanjaan pembangunan dan perbelanjaan pengurusan yang diumumkan oleh Perdana Menteri yang berjumlah RM264 bilion itu juga satu peluang baik yang boleh diraih oleh usahawan,

Britain intip Jerman

Britain menjalankan operasi pengintipan rahsia dari kedutaannya di Berlin, yang terletak berhampiran pejabat Canselor Jerman, Angela Merkel, dakwa akhbar Independent.

Laporan menyebut, pusat pengintipan elektronik Britain Ibu Pejabat Komunikasi Kerajaan (GCHQ) menggunakan peralatan berteknologi tinggi di atas bumbung kedutaan untuk memintas data Jerman.

Siar maklumat
Seorang lelaki berjalan di hadapan Kedutaan Britain di Berlin. Gambar kecil struktur berwarna putih dan bertutup di atas bumbung kedutaan Britain di Berlin yang dikatakan sebagai peranti pemintas maklumat.


Akhbar itu menyiarkan gambar dari udara dan maklumat mengenai aktiviti pengintipan sebelum ini di Jerman, selain dokumen yang disediakan Edward Snowden, bekas kontraktor dengan Agensi Keselamatan Negara Amerika Syarikat yang melarikan diri ke Moscow.

Laporan disiarkan ketika kemarahan berhubung dakwaan Amerika mengintip telefon bimbit Merkel sebagai sebahagian operasi pemantauan seluruh dunia.

Kedudukan pengintipan Amerika di atas kedutaannya di Berlin dipercayai ditutup minggu lalu ketika Washington berusaha mengehadkan kerosakan akibat perbalahan itu, lapor Independent.
Ia menyebut, dokumen Snowden menyatakan GCHQ bekerjasama dengan agensi Amerika dan rakan lain untuk menjalankan rangkaian kedudukan pengintipan elektronik dari kedutaan di seluruh dunia, memintas data di negara hos.

Jurucakap bagi pejabat Perdana Menteri Britain, David Cameron, berkata: “Kami tidak memberi komen mengenai perkara pengintipan.”

Gambar yang disiarkan Independent menunjukkan pandangan udara kedutaan Britain dan Amerika yang berada di blok sama bersebelahan Pintu Brandenburg di tengah Berlin, menunjukkan kotak putih besar yang dikatakan sarang pemintasan.


Kurangkan aktiviti

Imej kedutaan Amerika yang diberikan kepada penyiar umum Jerman, ARD, didakwa menunjukkan pengurangan ketara dalam aktivitinya antara 24 dan 25 Oktober, apabila dakwaan mula muncul mengenai pengintipan dibuat ke atas telefon Merkel.

ARD menyiarkan imej berkenaan pada 27 Oktober lalu, berkata tingkat atas kedutaan kemungkinan menempatkan sarang alat curi dengar.

Hubungan Washington dengan sekutu utamanya tegang sejak beberapa minggu ini akibat kebocoran yang menunjukkan Amerika mengintip berpuluh-puluh pemimpin asing, selain mencuri dengar berpuluh juta panggilan telefon Eropah dan data daripada gergasi internet seperti Yahoo dan Google

Amerika Syarikat dan Australia intip Indonesia

Australia dan Amerika Syarikat melakukan operasi pengawasan bersama di Indonesia semasa persidangan perubahan iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 2007, nyata satu laporan semalam.
Pendedahan dalam laporan akhbar The Guardian edisi Australia itu dijangka memburukkan lagi hubungan yang kini tegang antara Australia dengan Jakarta.


Seorang kakitangan keselamatan mengangkat tangan menghalang media daripada mengambil gambar di hadapan Kedutaan Australia di Jakarta

Laporan itu menunjukkan dokumen daripada pembocor maklumat risikan Amerika, Edward Snowden, yang menunjukkan bahawa agensi risik Australia, Lembaga Pengarah Isyarat Pertahanan bekerjasama dengan Agensi Keselamatan Nasional (NSA) untuk mengumpul nombor telefon pegawai keselamatan Indonesia.
Hubungan Australia dengan jiran terdekatnya, Indonesia, sudah pun menghadapi tekanan setelah laporan-laporan minggu lalu yang menyatakan misi diplomatik luar negara Canberra terbabit dalam rangkaian pengawasan meluas yang dipimpin Amerika.
Misi-misi Australia di Indonesia, selain kedutaan atau suruhanjaya di China, didakwa digunakan untuk memantau panggilan telefon dan mengumpul data.
Dakwaan itu menyebabkan Jakarta dan Beijing menuntut penjelasan daripada Amerika dan Australia.
Laporan The Guardian itu menyatakan operasi tahun 2007 yang dilakukan semasa persidangan perubahan iklim PBB tidak begitu berjaya dengan satu-satu hasil yang diraih adalah nombor telefon bimbit ketua polis Bali.
Walaupun tidak bergitu berjaya, operasi itu merupakan sesuatu yang sangat memalukan Australia.
Ketika operasi itu berlangsung, Kevin Rudd, baru sahaja dipilih menjadi perdana menteri Australia dan beliau menghadiri persidangan itu atas undangan peribadi Presiden Indonesia, Dr Susilo Bambang Yudhoyono.
Ketika itu, kedua-dua pemimpin bersetuju untuk mengukuhkan hubungan dua hala.
Dakwaan terbaru itu merupakan satu lagi tamparan ke atas hubungan dua hala antara Indonesia dan Australia, yang sebelum ini tegang akibat dasar tegar Perdana Menteri baru Australia, Tony Abbott, berhubung isu pemohon suaka yang tiba dengan bot dari Indonesia.
Mengulas mengenai rangkaian pengintipan itu minggu lalu, Abbott berkata:
"Setiap agensi kerajaan Australia, setiap pegawai Australia, di dalam atau luar negara, beroperasi mengikut undang-undang dan itu adalah jaminan yang dapat saya berikan kepada mereka yang berada di dalam dan luar negara."
Jumaat lalu, Jakarta telah memanggil duta Australia ke negara itu, Greg Moriarty, supaya memberikan penjelasan, sementara Menteri Luar Indonesia, Marty Natalegawa, menyifatkan kegiatan pengintipan sebagai "sesuatu yang nyata salah", sambil menyatakan pemerintahnya "tentu sekali sangat prihatin".