Wednesday 22 January 2014

Amaran keras buat penyokong Johor

“Kalau tak mahu masuk lokap atau didakwa di mahkamah jangan timbulkan kekecohan.”

Itu amaran Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff (gambar) kepada kumpulan pengacau yang cuba menimbulkan kekecohan pada aksi Liga Malaysia (Liga-M) di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, selepas ini.



Beliau berkata, polis sudah mengenal pasti kumpulan pengacau dan mereka akan ditahan sekiranya sengaja menimbulkan kekecohan sama ada di dalam atau luar stadium.


Jaga disiplin

“Saya menasihatkan semua penyokong supaya mengawal diri masing-masing dan mengekalkan tahap disiplin tinggi jika tidak mahu dikenakan tindakan,” katanya selepas menghadiri Persidangan ke-8 Pendakwa Raya-China dan Negara ASEAN serta Mesyuarat Ke-5 Peguam Negara Berhubung Jenayah di sini, semalam.

Sabtu lalu, segelintir penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) bertindak mengejek dan memukul penyokong Perak yang keluar dari stadium selepas menyaksikan perlawanan pertama Liga Super membabitkan kedua-dua pasukan.

Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) pula mendakwa bas yang dinaiki pemain dibaling suar dan cermin belakang kereta pengurus mereka, Datuk Azhar Azman turut dipecahkan.


Monday 25 November 2013

Beli Aplikasi di Apps Store menggunakan Debit Kad

Kepada para pengguna gadget berdevice Apple (iphone, ipad, MacBook), boleh dikatakan kita agak 'mesra' dengan Apps Store. Boleh dikatakan setiap minggu, kita akan melawat Apps Store tiga (3) kali seminggu untuk membeli-belah aplikasi baru, atau mungkin mengupdate aplikasi yg sedia ada.

Kebiasaannya method yg digemari oleh ifags untuk membuat pembelian di Apps Store atau iTunes adalah menggunakan Kad Kredit. Tapi bagi yang tiada Kad Kredit, boleh juga membuat pembelian menggunakan Debit Kad(Maybank,Cimb,Kwik Kad,etc), ataupun menebus ganjaran dari Gift Card Apple.
Cara membuat pembelian menggunakan Debit Kad :

Setup "Payment Information"











Sunday 24 November 2013

Tanam Emas dalam mata

Wanita memang meminati barang kemas tetapi Lucy Luckayanko bertindak melampau apabila menanam perhiasan itu di dalam matanya.

Beliau menghabiskan AS$3,000 (RM9,640) untuk menjalankan pembedahan memasukkan emas putih berbentuk hati ke dalam mata putih kanannya.



Prosedur itu dilakukan Dr Emil Chynn dari Park Avenue Laser Vision di New York, pakar terlatih Harvard dan Universiti New York.


Bagi melakukan pembedahan itu, Chynn mulanya menyuntik ubat bius ke dalam mata Luckayanko.

Beliau kemudian melakukan kelaran kecil pada mata Luckayanko menggunakan forsep dan memasukkan emas putih bersaiz 3.5 milimeter.

Prosedur cuma mengambil masa beberapa minit dan Luckayanko pulang dengan mata berisikan barang kemas.

Chynn berkata, prosedur itu amat selamat.
“Ia cuma kepingan platinum amat kecil yang dibuat untuk dimasukkan ke dalam bahagian atas mata, dan tiada risiko buta langsung.
“Mungkin berlaku sedikit pendarahan tetapi hilang beberapa hari atau minggu. Luc-kayanko mungkin mendapat jangkitan tetapi kami menghalangnya dengan antibiotik,” katanya.

Akademi Oftalmologi Amerika Syarikat memberi amaran bahaya prosedur itu.

Mereka berkata, ada bukti menyokong keselamatan atau nilai terapeutik prosedur itu dan orang ramai perlu mengelak daripada meletakkan apa-apa dalam mata yang tidak mendapat kelulusan Bahagian Pentadiran Makanan dan Perubatan Amerika Syarikat (FDA).

Beberapa hari selepas prosedur itu, Luckayanko berkata, beliau tidak mempunyai masalah atau kesakitan akibat pembedahan itu.

“Lima puluh peratus rakan berkata saya gila tetapi 50 lagi berasa ia hebat,” katanya.

Bentuk emas putih itu boleh ditukar pada harga AS$1,000 (RM3,213).

Friday 22 November 2013

Messi hambur pujian kepada Ronaldo

Bintang Barcelona, Lionel Messi, menghamburkan pujian kepada Cristiano Ronaldo ekoran persembahan cemerlang beliau menjaringkan gol bagi membantu Portugal melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia di Brazil tahun depan.




Superstar bola sepak berasal dari Argentina itu mengeluarkan penghormatan tersebut dalam satu temu ramah yang disiarkan semalam di tengah-tengah spekulasi yang meningkat bahawa Ronaldo bakal dipilih sebagai Pemain Terbaik Dunia.
Sehari selepas menerima anugerah Kasut Emas kerana menjaringkan 46 gol dalam pertandingan liga musim lalu - jumlah paling banyak di kalangan semua pemain di Eropah - Messi, 26 tahun, tidak lupa memuji pesaingnya dari pasukan Real Madrid itu.
"Saya tidak tahu sama ada Ronaldo berada pada tahap permainan terbaiknya tetapi beliau sentiasa menjaringkan gol dalam semua perlawanan sama ada ketika mewakili kelab atau beraksi untuk pasukan negaranya," kata Messi kepada akhbar harian Sepanyol, Marca, dan beberapa wartawan sukan Eropah lain.




"Beliau melakukan perkara sama selama beberapa tahun dan persoalan sama ada beliau berada di puncak atau hampir kepadanya tidak banyak berbeza."
Dengan prestasi cemerlang yang dipamerkan sejak kebelakangan ini, Ronaldo, 28 tahun, kini muncul sebagai pilihan memenangi anugerah Ballon d'Or tahun ini untuk mengatasi Messi, yang memenanginya empat kali berturut-turut sebelum ini.
Ronaldo menjaringkan hatrik Selasa lalu untuk membantu Portugal menyingkirkan Sweden daripada persaingan ke Brazil pada Jun depan.
Dalam perlawanan yang disifatkan sebagai pertembungan dua superstar bola sepak - Ronaldo dengan Zlatan Ibrahimovic - itu, Ronaldo menjaringkan keempat-empat gol, termasuk satu dalam perlawanan perlawanan pertama. Ibrahimovic pula menjaringkan kededua gol Sweden.
Selain itu, Ronaldo juga mendahului senarai penjaring terbanyak dalam La Liga Sepanyol dengan 16 gol dalam 13 perlawanan. Messi pula menjaringkan 11 gol dalam lapan perlawanan tetapi terpaksa berehat selama lapan minggu kerana kecederaan otot paha kirinya

Hyundai Tucson ix35 Fuel Cell (15 gambar)

John Krafcik, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Hyundai Motor America (kiri), kelmarin memperkenalkan kereta Tucson Fuel Cell, kereta elektrik kuasa hidrogen syarikat itu di pameran kereta Los Angeles.
Kereta yang menggunakan hidrogen dan hanya mengeluarkan wap air sebagai bahan buangan kini muncul menjadi saingan kepada kenderaan elektrik sebagai pengangkutan masa depan dunia.




Kenderaan kuasa hidrogen lebih menarik berbanding kenderaan elektrik kerana kuasanya boleh ditambah semula dengan cepat.
Namun satu masalah bagi bakal pemilik kereta kuasa hidrogen ialah sedikitnya stesen mengisi semula hidrogen dan kos tinggi untuk membina stesen itu.



Kelmarin, di pameran kereta di dua benua, tiga syarikat pembuat kereta memperkenalkan kenderaan menggunakan kuasa hidrogen yang akan dijual kepada orang ramai pada musim bunga akan datang.
















Thursday 21 November 2013

Apple saman Samsung AS$ 290 juta

 Juri Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat (AS) hari ini memerintahkan Samsung membayar AS$290 juta ganti rugi kepada Apple dalam perbicaraan semula kes meniru paten membabitkan dua firma gergasi telefon pintar itu.

Sebelum ini jumlah sebenar tuntutan ganti rugi itu ialah AS$450 juta namun kes itu tidak diterima hakim mahkamah.


                                 Ibupejabat Apple.Inc di Cupertino Amerika Syarikat

Ia adalah susulan tuntutan semula yang berjumlah hampir AS$600 juta yang difailkan Apple dalam perbicaraan yang berlangsung tahun lalu.


Apple menuduh pesainganya dari Korea Selatan itu meniru reka bentuk dan teknologi telefon pintar serta tablet yang menjadi hak milik dan ciptaannya.
                                      Ibupejabat Samsung di Seoul Korea Selatan

Namun kes yang bermula pada Ogos 2012 itu kerap ditunda kerana ia membabitkan beberapa rayuan sepanjang perbicaraan.

Keputusan sebelum ini membabitkan penganugerahkan ganti rugi AS$1 bilion tetapi dikurangkan oleh Hakim Lucy Koh pada Mac lalu kepada AS$450 juta.

Pada perbicaraan itu, juri memberikan ganti rugi kepada Apple berjumlah AS$1.05 bilion selepas mendapati 26 produk Samsung telah melanggar enam hak cipta Apple.
Namun hakim mendapat tahu juri tersalah kira AS$400 juta dalam ganti rugi bagi 13 produk dan mengarahkan perbicaraan baru untuk menentukan jumlah yang sebenar.

Meskipun Apple memenangi kes yang menjadi perintis ini tahun lalu, namun ia dikatakan tidak membawa banyak kesan kepada penjualan telefon pintar baru di pasaran meskipun Apple yang berpangkalan di California itu memohon injuksi mahkamah agar beberapa produk Samsung dilarang dijual di Amerika Syarikat.

Review Sony DSC QX10 dan QX100

Sony telah mengumumkan produk terbaru mereka sony QX10 dan QX100. Apa itu QX10 dan QX100? Sony QX10 dan QX100 lens berkuasa tinggi bagi semua smartphone, android dan iOS. Lens ini boleh dipasang kepada smartphone atau android atau sistem iOS seperti lense yang boleh ditukar ganti pada dslr. Pengguna hanya perlu install software yang disediakan oleh sony.



Dengan pengeluaran sony QX10 dan QX100 ini maka Samsung Galaxy Zoom akan mengalami kelembapan penjualan.
Jika dilihat pada produk ini jelas kelihatan lens yang dihasilkan adalah keluaran carl Zeiss. Kualiti lens dari zeiss memang tidak dinafikan kehebatannya.


Lens QX10 mempunyai 18.9-megapixel camera dengan 1/2.3″ (7.76mm) Exmor R CMOS sensor. The QX100 pula mempunyai 20.9-megapixels dengan 1-inch (13.2×8.8mm) Exmor R CMOS, 3.6x optical zoom, F1.8-4.9, and 10.4-37.1mm. Kedua-dua lense ini perlu dipasang dengan bateri dan juga mempunyai kad memori yang boleh external.



Harga yang diumumkan ialah QX10 USD 248 (untuk warna hitam dan putih) dan QX100 yang lebih berkuasa berharga USD498 (hitam dan putih).
Sebenarnya lense ini adalah kamera zoom yang direka berbentuk seperti lens DSLR dan mempunyai kemampuan untuk memindahkan gambar ke dalam sistem android atau smartphone atau iOS tanpa menggunakan kabel pemindah. Ini yang dinamakan teknologi.

Oleh itu selamat mengumpul duit. Kita tunggu pengumuman harga QX10 dan QX100 di Malaysia.