Wednesday 30 October 2013

Keretapi "Dua Benua" Turki dirasmikan (5 gambar)



Perdana Menteri Turkey, Recep Tayyip Erdogan (dua dari kanan) masuk ke gerabak kereta api terbaru yang berkhidmat di negara itu, menyusuli Presiden Turkey, Abdullah Gul (kiri), di stesen kereta api Uskudar Marmaray, menjelang majlis pelancarannya di Istanbul, lewat kelmarin.

Turkey dengan rasmi membuka terowong perkhidmatan kereta api bawah lautnya itu, yang menyambungkan dua benua dan sekali gus mencapai impian Sultan semasa pemerintahan empayar Usmaniyah sekitar 150 tahun lalu, melalui satu projek mega bernilai tiga bilion euro yang diterajui pemerintah parti Islamnya.

Terowong sepanjang 13.6 kilometer itu menyambung bahagian Eropah dan Asia Turkey, termasuk satu tiub terowong bawah laut yang, menurut para pegawai, adalah laluan paling dalam yang terletak 60 meter di bawah dasar laut.

Berbual, sikat rambut mayat isteri 36 hari

Bagi membuktikan cintanya kepada isteri, seorang lelaki tidak sanggup berpisah, malah tetap menyimpan selain melayan mayat wanita kesayangannya.

Beliau bukan saja menyembunyikan kematian isterinya selama 36 hari, malah dia turut menyikat rambut mayat itu setiap hari kerana menyintai wanita itu.
Kematian Lim Ah Tee, 42, disembunyikan daripada pengetahuan anak tunggal mereka lebih sebulan dengan menyatakan ibunya sakit dan berehat di dalam bilik di tingkat atas kediaman mereka di Taman Damai Perdana di sini.(Gambar kiri)

Perbuatan terbongkar
Bagaimanapun, perbuatan lelaki itu terbongkar selepas abang Ah Tee berkunjung kediaman mereka Sabtu lalu dan menasihatkan adik iparnya melaporkan kejadian kepada pihak polis.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata suami Ah Tee, Wong Tuck Wei, 40, membakar banyak setanggi, membuka kipas dan tingkap bilik selain meletakkan tuala basah di sekeliling tubuh mayat bagi menghilangkan bau busuk.
“Apa yang peliknya tiada ulat ditemui pada mayat ketika pemeriksaan forensik dibuat. Hanya seekor kumbang ditemui. Keadaan mayat sudah mereput dan daging tertanggal daripada kulit sehingga tinggal tengkorak.
“Namun, keadaan rambutnya kemas dan cantik kerana disikat setiap hari,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Katanya, dalam keterangannya Tuck Wei mendakwa bersembang dengan mayat itu yang diletakkan di atas kerusi menghadap ke luar tingkap setiap hari sambil menyikat rambutnya.

Tuesday 29 October 2013

Marmaray satukan wilayah Asia dan Eropah

Turkey akan mendedahkan terowong bawah laut pertama yang menghubungkan dua benua, menyempurnakan impian seorang sultan 150 tahun yang lalu.
Namun, pembukaan terowong itu hari ini juga mencetuskan sentimen antipemerintah terhadap projek mega sedemikian baru-baru ini.


              Peta menunjukkan pelan Terowong MARMARAY merentasi Selat Bosphorus

"Nenek moyang kita memikirkannya (Projek Marmaray). Terpulang kepada kita untuk merealisasikannya," kata Perdana Menteri Turkey, Recep Tayyip Erdogan, tentang terowong kereta api di bawah Selat Bosphorus, yang menghubungkan bahagian Asia dan Eropah bandar Istanbul itu.
Projek berani itu pertama kali diimpikan sultan Empayar Usmaniyah, Sultan Abdoul Medjid, pada 1860 tetapi beliau tidak mempunyai kepakaran atau dana untuk mengembangkan ideanya.
Encik Erdogan, mantan datuk bandar Istanbul, menghidupkan semula rancangan itu pada 2004 sebagai salah satu projek pembinaan hebatnya bagi bandar Istanbul yang turut merangkumi pembinaan lapangan terbang ketiga, terusan selari dan jambatan ketiga - kesemuanya dikecam sebagai "bersifat bak Firaun" oleh pengkritiknya.



                                             MARMARAY dalam pembinaan
Cita-cita Erdogan itu mencetuskan tunjuk perasaan antipemerintah besar-besaran yang melanda Turkey Jun lalu dengan penduduk tempatan mengadu bahawa rancangan pembangunan pemimpin negara itu menyebabkan penduduk diusir dari rumah mereka dan menghapuskan kawasan hijau.
Walaupun dibuka secara rasmi hari ini, terowong kereta api itu tidak akan beroperasi sepenuhnya.
"Bahagian yang beroperasi sangat terhad. Semua (bahagian lain) tertunda hingga ke tarikh lebih lewat. Kami hairan mengapa perasmian dilakukan begitu cepat," kata presiden Dewan Perancang Bandar Istanbul, Tayfun Kahraman.
Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, akan menghadiri perasmian itu kerana Bank Jepun merupakan pembiaya utama projek terowong itu dengan sumbangan sebanyak 735 juta euro.
Projek itu menelan belanja sekitar 3 bilion euro.
Pembinaan terowong sepanjang 1.4 kilometer di bawah Selat Bosphorus dijangka mengambil masa empat tahun tetapi tergendala setelah berlaku beberapa penemuan arkeologi utama.
Terowong itu dibina lebih 50 meter di bawah dasar laut dan berada di kawasan yang mempunyai kegiatan seismos kuat. Namun, terowong itu dipercayai tahan gempa.
Pengangkutan merupakan masalah utama di Istanbul, yang mempunyai lebih 15 juta penduduk dan setiap hari, sekitar dua juta penduduk menyeberangi Selat Bosphorus melalui dua jambatan yang sering sesak.
Mayor Istanbul kini, Kadir Topbas, percaya terowong itu bakal mengurangkan masalah kesesakan di kedua-dua jambatan yang merentangi Selat Bosphorus, dengan keupayaan terowong itu menampung 150,000 pengguna setiap jam.
"Ia adalah projek penting yang diperlukan bandar ini... ia akan mengurangkan gas rumah hijau," tambahnya lagi.

Untuk mengetahui dengan lebih terperinci tentang projek raksaka ini, sila rujuk laman sesawang ini.

Monday 28 October 2013

Cara sahkan akaun jomniaga

Nampaknya masih ramai lagi yang belum sahkan akaun jomniaga walaupun dah daftar. Cara nak sahkan atau verified akaun jomniaga ni senang jer, jangan rasa cam susah. Untuk panduan korang, aku kongsi pengalaman aku untuk sahkan akaun jom niaga baru-baru ini dengan cara paling senang. Korang hanya ikut jer, tak yah fikir-fikir lagih sebelum kalau lambat korang akan menyesal. Sebab bagi aku jomniaga ni dah makin meningkat berbanding dgn dulu. Dulu aku ingat klikjer.com lagi bagus, tapi nampak macam ramai yang dapat income dengan buat duit dari jomniaga berbanding dengan klikjer.com. Dalam post ni aku cuba gunakan teknik-teknik SEO yang aku post sebelum ni.

Sediakan IC - jpg
Mula-mula korang kena sediakan copy ic korang dalam bentuk jpg ( lain pun boleh ). Senang je, keluarkan smart phone korang yang mahal tuh, ambil gambar ic ( jangan lupa letak tanda skit takut di salahgunakan nanti ). Lepas tu transfer gambar jpg tuh ke pc ( guna kabel utk charge smartphone dari pc ). Korang edit gambar ic tadi gina " paint ". Kecilkan saiz ke horizontal 50 vertical 50 supaya senang di upload kat jom niaga nanti. Dan savekan lah letakkan nama yang sesuai.
Contoh ic yang telah di ambil gambarnya.

Cara tukar siaz gambar ic.
Cara Sahkan Akaun Jomniaga

Dalam akaun jomniaga

Pergi ke jomniaga.com, login dan klik Account. Masukkan kat bahagian Personal tuh dan ada " Upload Certification ", klik situh untuk upload gambar ic korang tadih. Senang jer, kalau ada error ( biasa saiz gambar besar ), Korang kecilkan lagi saiz gambar ic tuh, hinggalah berjaya ya. Esoknya jomniaga akan hantar email katakan akaun korang telah di sahkan dan korang boleh promote produk Premium Vendor seperi PPL kat jomniaga.

Kalau belum ada akaun. boleh gak daftar percuma dan mula buat duit dari jomniaga.

Ramai Melayu Singapura beli hartanah di Iskandar Malaysia

SEMAKIN ramai orang Melayu, khususnya golongan muda, yang melabur dan membeli hartanah di Iskandar Malaysia di Johor tahun lalu, kata beberapa ejen hartanah setempat.
Malah, menurut ejen-ejen itu, bilangan pelanggan yang melabur dalam hartanah di Iskandar Malaysia melonjak antara 20 dengan 70 peratus berbanding tahun lalu. Mereka berkata ini antara lain didorong oleh tahap keyakinan lebih tinggi terhadap potensi pembangunan rantau tersebut di samping harga hartanah dan perumahan yang semakin melambung di Singapura.


Iskandar Malaysia

Menurut ejen hartanah yang dihubungi Ekoniaga, lebih ramai orang Melayu kini membeli hartanah sebagai pelaburan jangka panjang, bukan hanya sebagai rumah kedua. Ejen hartanah PropNex,Qurratu Ain Mohamed Yusope, yang merupakan antara ejen hartanah setempat paling giat memasarkan hartanah di Iskandar Malaysia sejak November lalu, memberitahu bahawa jumlah pelanggan Melayunya yang membeli kediaman di situ melonjak sebanyak 70 peratus dalam tempoh tiga bulan lalu.
Kira-kira 40 peratus daripada jumlah itu membeli dengan matlamat pelaburan jangka panjang manakala bakinya sebagai rumah kedua atau tempat kediaman utama. 
“Saya melihat lebih ramai generasi muda yang berani mengambil risiko dengan membeli hartanah di Iskandar walaupun ada juga yang mengambil keputusan tanpa membuat sebarang kajian.
“Golongan muda yang berusia 35 tahun ke bawah membentuk sehingga 30 peratus daripada bilangan keseluruhan pembeli saya,” jelas Qurratu yang memasarkan empat kawasan projek hartanah utama – Puteri Harbour, East Ledang, Medini dan Danga Bay.



                                                               Puteri Harbour

Pembeli Melayu, tambahnya, lazimnya membeli hartanah bernilai daripada RM600,000 hingga RM900,000.
Pengarah Divisyen Kumpulan ERA, Encik Syafiq Mohd Esa, yang memasarkan projek hartanah di Kuala Lumpur dan Iskandar Malaysia berkata permintaan bagi hartanah di Iskandar meningkat dengan mendadak sejak separuh kedua tahun lalu.

Keadaan ini memaksa beliau menangguhkan usaha pemasaran projek di Kuala Lumpur yang lazimnya mendapat sambutan hangat.
“Masyarakat Melayu kini membentuk sekitar 30 peratus daripada pelanggan yang membeli hartanah di Iskandar.


                                                                   Medini

“Saya fikir permintaan ini disebabkan harga rumah di Singapura yang masih tinggi walaupun pemerintah memperkenalkan langkah baru bagi meredakan pasaran hartanah pada Januari lalu. Ini mendorong ramai ke Johor,” ujar Syafiq yang turut dikenali sebagai Syafiq Focus dalam pasaran hartanah setempat.
Dalam kalangan pelanggan setempatnya, 30 peratus, yang pada awalnya merancang melabur dalam hartanah di Singapura, memutuskan mengubah tumpuan ke Iskandar Malaysia kerana tidak mampu membeli hartanah setempat yang terlalu tinggi harganya.
Pengarah Divisyen PropNex, Gazali Aspar, pula mendapati jumlah pertanyaan dan minat yang diterima daripada pelanggan Melayu meningkat 30 peratus pada Januari lalu berbanding tempoh sama tahun lalu.
Sekurang-kurangnya 20 peratus daripada bilangan itu membeli hartanah di Iskandar Malaysia secara langsung.

Pelbagai projek perumahan ditawarkan di Iskandar Malaysia, yang tiga kali ganda saiz Singapura.
Ia terbahagi kepada lima zon utama termasuk Nusajaya, Bandar Johor Bahru dan Senai-Skudai.

Sunday 27 October 2013

Short-Film utk Deepavali 2013 dari Petronas

Petronas mmg terkenal dengan kepintaran melahirkan short film utk sesuatu perayaan di Malaysia. Bersempena dgn perayaan Deepavali yg bakal kunjung tiba hujung minggu ini,mari kita lihat video dari Petronas. Luckily tiada aksi tok sami naik kereta kuda macam Santa Claus. *Sigh



Friday 25 October 2013

Henti sebar foto

 Irwan ditenteramkan ahli keluarganya kelmarin ketika menunggu jenazah isterinya, Allahyarhamha Norazita Abu Talib, dibedah siasat di Hospital Serdang.

Suami pegawai operasi Ambank, Allahyarhamha Norazita Abu Talib, yang mati ditembak pengawal keselamatan bank itu sendiri merayu orang ramai agar berhenti menyebarkan gambar arwah isterinya di Internet selepas kejadian itu.
Irwan Kamarudin, 37 tahun, berkata tindakan pihak tertentu yang menyebarkan gambar tersebut menerusi laman-laman sosial bukan sahaja tidak menghormati sensitiviti, malah menambah kesedihan beliau sekeluarga.
"Saya meminta jasa baik pihak yang menyebarkan gambar isteri saya supaya mengeluarkannya kerana ia hanya menambahkan keperitan kami sekeluarga yang sedang bersedih dengan pemergian arwah,

Dalam kejadian pada 6.18 petang Rabu lalu, Allahyarhamha maut akibat ditembak di kepala oleh pengawal keselamatan bank itu sendiri di Jalan USJ Sentral 2 sebelum melarikan wang tunai berjumlah RM450,000 daripada bilik kebal bank tersebut.
Kejadian berlaku ketika mangsa bersama suspek serta empat lagi kakitangan sedang membuka sebuah peti besi berisi wang sebelum suspek tiba-tiba melepaskan tembakan menggunakan senjata api jenis pump gun sejurus pintunya dibuka.
Semalam, polis mengumumkan telah berjaya mendapatkan semula wang sekitar RM20,000 selepas menahan tiga ahli keluarga suspek, yang dipercayai warga Indonesia, berikutan serbuan di sebuah kedai di Subang Jaya.
Dalam pada itu, Irwan berkata panggilan telefon singkat isterinya yang beria-ia benar hendak tahu kasih suaminya, rupa-rupanya petanda wanita itu akan pergi buat selama-lamanya.
"Abang masih sayang saya?"
Begitulah pertanyaan Allahyarhamha dan berkali-kali beliau mengulang soalan itu menerusi panggilan telefon kepada suaminya sekitar 5 petang, kira-kira sejam sebelum beliau ditembak mati.
"Kemudian saya jawab, 'abang sayang awak seperti kita mula berkahwin dulu. Tidak pernah berubah kasih sayang abang pada awak," ucap Encik Irwan dalam nada suara menahan sebak.
"Tetapi saya tidak boleh bercakap lama dengan isteri saya, kerana waktu itu saya sedang bekerja," tambah Irwan, seorang pemandu peribadi di sebuah syarikat di Bukit Jelutong.
Sekitar 6.20 petang, beliau beberapa kali menghubungi Allahyarhamha untuk bertanya sama ada isterinya itu sudah pulang ke rumah ataupun belum tetapi panggilan tidak berjawab.
Namun, pada ketika itu beliau tidak mengesyaki sebarang perkara buruk sehinggalah seorang pengurus bank menjawab panggilan itu dan memintanya segera datang ke bank tersebut.

Sentimen anti-Muslim kian meluas di Myanmar

Keganasan terhadap kaum minoriti Muslim di Myanmar kini menyumbang kepada perasaan anti-Muslim yang lebih luas dan menimbulkan ancaman terhadap pembaharuan ekonomi dan politik di negara itu, kata seorang utusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin.
Pemerintah Myanmar menyatakan sekurang-kurangnya 192 orang terbunuh dalam keganasan yang berlaku pada Jun dan Oktober tahun lalu antara puak Muslim Rohingya dengan penganut Buddha Rakhine.
Kebanyakan penduduk Myanmar menganggap kaum Muslim Rohingya sebagai pendatang tanpa izin dari Bangladesh walaupun penduduk kaum itu telah bermastautin di Myanmar sejak beberapa generasi.
Pertempuran antara kedua-dua kaum itu telah menyebabkan berlakunya kekacauan di kawasan lain di Myanmar dan puak Islam lain juga menjadi sasaran, termasuk puak Muslim Kaman, yang berlainan bangsa dengan puak Rohingya.
Sekitar 5 peratus penduduk Myanmar, yang mempunyai 60 juta penduduk, beragama Islam.
"Presiden (Thein Sein) telah membuat beberapa ucapan yang patut dipuji. Beliau telah menekankan perlunya rasa percaya, hormat dan ihsan antara kaum berlainan agama dan bangsa di Myanmar," kata pelapor khas PBB, Encik Tomas Ojea Qunitana, tentang keadaan hak asasi manusia di Myanmar.
"Bagaimanapun, lebih banyak perlu dilakukan oleh pemerintah bagi melindungi kaum yang mudah terjejas dan menangani penyebaran pandangan yang mendiskriminasikan kaum lain," katanya kepada Jawatankuasa Ketiga Perhimpunan Agung PBB, yang menangani isu hak asasi manusia.
Tahun ini, keganasan berterusan di wilayah Rakhine, utara Myanmar, salah satu daerah paling miskin di negara itu dan tempat tinggal sejuta puak Rohingya Muslim yang kebanyakannya tidak bernegara.
Sekitar 140,000 anggota puak Rohingya kini menjadi pelarian akibat keganasan yang disasarkan terhadap kaum itu.



Ke Eropah Dengan Pakej Mesra Muslim


 Lucern merupakan sebuah kota poskadpemandangan indah gunung- ganang yang diselaputi salji putih dan seni bina barokdan yang paling banyak dilawati di Switzerland

MENIKMATI masakan halal gulai ayam, rendang daging dan keropok udang bersama nasi hangat sambil menikmati pemandangan indah dari bot menyusuri terusan yang mengalir di sekitar kota Amsterdam, Belanda. Di kota Lucern, Switzerland, santapan halal ala Timur Tengah kebab dan shawarma menjadi pengisi perut setelah puas terpegun melihat keindahan gunung-ganang diselaputi salji putih di sekitar kota purba itu. Makanan laut ala Perancis tanpa campuran alkohol dan daging di kota Paris pula menjadi penutup lawatan singkat seminggu ke Eropah. Makanan halal merupakan keprihatinan ramai pelancong Islam terutama ke negara atau kota yang tidak mempunyai ramai penganut Islam. Bagi mereka yang alah bisa tegal biasa, mi segera dan beraneka makanan halal dalam tin – ikan tuna, rendang ayam atau kari daging – dijadikan diet sepanjang lawatan. Namun, mereka yang lebih ‘cerewet’ dan tidak mahu memberatkan beg tiada pilihan lain kecuali membuat persiapan awal mengenal pasti restoran makanan halal di negara yang dikunjungi menerusi laman sesawang terlebih dahulu.

 Sedar akan kepentingan makanan halal ini, banyak agensi pelancongan kini menawarkan pakej-pakej halal atau mesra Muslim. Ada juga mengambil langkah menjaga keperluan solat. Meskipun begitu, ada kalanya makanan halal 100 peratus payah didapatkan di sesetengah negara dan agensi-agensi tersebut akan menggantikannya dengan makanan laut dan menjamin makanan itu tidak dicampur bahan-bahan yang tidak diizinkan seperti daging tidak halal atau alkohol. AMSTERDAM, BELANDA Pintu masuk saya ke benua Eropah bermula di sini. Dari itu saya memulakan perjalanan lapan hari menaiki koc merentasi empat negara dan mengenali budaya, warisan dan sejarah benua yang sering dikaitkan sebagai pusat kelahiran tamadun Kristian Barat – kuasa yang mengimbangi tamadun Islam Timur. Kami dijemput pengarah pelancong, Encik Carlos, yang sepanjang lawatan itu merupakan sumber utama – menjawab sebarang pertanyaan mengenai apa sahaja tentang lawatan itu, dan mengurus segala keperluan seperti bilik hotel, masa makan dan waktu solat. Selain dibawa melihat barangan yang sinonim dengan Belanda – keju, terompah, kincir angin – kami juga didedahkan dengan beberapa perkara yang turut mengharumkan nama Belanda, terutama Amsterdam, di serata dunia, iaitu ganja dan pelacuran. Encik Carlos memberitahu bahawa koffiehuis (kedai kopi) menjual kopi dan makanan ringan, manakala coffeeshop menjual minuman dan ganja. Kalau salah masuk, silap-silap boleh ‘melayang’! Selepas bersiar-siar di sekitar kota Amsterdam, lengkap dengan sejarah terusan dan bendungan yang memastikan Belanda – sebuah negara yang berada di bawah paras air laut – tidak tenggelam, kami dibawa menunaikan solat zuhur/asar di Masjid Al Karam di selatan Amsterdam. Untuk makan malam, kami menjamu makanan Indonesia di atas bot menyusuri terusan yang mengelilingi Amsterdam sambil menikmati pemandangan malam kota itu.

 Semasa zaman gemilangnya pada awal kurun ke-20, Belanda menjajah banyak negara, antaranya Indonesia, dan ekoran itu terdapat beberapa restoran Indonesia yang dibuka anak watan yang berhijrah ke ibu kota Belanda itu. BOPPARD, HEIDELBERG & MANNHEIM, JERMAN Istana-istana dan kubu-kubu kuno bertaburan di serata Jerman, terutama di tebing Sungai Rhine – sungai bersejarah sejak empayar Rom dan menjadi nadi kerana digunakan sebagai sempadan dan laluan perdagangan. Untuk mendapatkan pemandangan indah istana-istana tersebut, kebanyakannya terpacak di puncak bukit, kami dibawa menaiki kapal peleseran Sungai Rhine di Boppard. Meskipun cuaca sejuk – sekitar 3 darjah Celsius – keindahan pemandangan di sekitarnya mampu membuat kami lupakan kesejukan itu. Satu perkara mengenai melancong pada musim sejuk ialah masa hari yang singkat. Kami tiba di Heidelberg, sebuah kota yang menempatkan universiti tertua Jerman, sekitar 4.30 petang, namun langit sudah gelap. Kota itu bercahaya ekoran lampu-lampu perhiasan Krismas yang dipasang menyinari suasana bak sebuah karnival musim sejuk. Seperti banyak kota lama Eropah, Heidelberg masih mengekalkan lorong-lorong batu buntar (cobble-stone) yang dipasang lebih 400 tahun dahulu. Jalanlah dengan perlahan sambil menikmati bangunan di sekeliling yang penuh dengan sejarah pembentukan awal tamadun Eropah. Kami beristirahat di Mannheim, sebuah kota perindustrian yang dibina semula setelah musnah dibedil dalam Perang Dunia Kedua. Di sini, kami dihidangkan makanan laut di hotel. LUCERN, SWITZERLAND Dalam perjalanan ke Switzerland, kami singgah di hutan Blackforest, sebuah hutan yang mendapat julukan namanya kerana pokok-pokok pain yang bewarna hijau gelap membuat hutan itu kelihatan hitam dari jauh. Tetapi salji membuat hutan itu kelihatan putih setibanya kami di situ.

 Di sini terdapat pusat membuat jam burung yang cantik dan bermacam corak yang boleh dibeli. Lucern merupakan sebuah kota poskad – pemandangan indah gunung-ganang yang diselaputi salji putih dan seni bina barok – dan yang paling banyak dilawati di Switzerland. Saiznya yang kecil menjadikan kota ini mudah diterokai dengan berjalan kaki. Antara daya tarikan termasuk Jambatan Chapel, sebuah jambatan kayu yang dibina pada 1333, dan Monumen Singa bagi memperingati askar Switzerland yang terbunuh dalam Revolusi Perancis di Tuileries di Paris. Namun apa yang lebih menakjubkan ialah pengalaman melihat sebuah ‘kampung’ orang Switzerland di Giswil, sekitar setengah jam perjalanan menaiki bas dari Lucern. Lawatan eksklusif kami ke ‘kampung’ ini disambut dengan kereta kuda yang membawa kami melihat suasana di sekitarnya, membelakangkan gunung-ganang dan salju putih sejauh mata memandang.

Selepas hampir dua jam terpegun dalam suhu membeku 10 darjah di bawah sifar, kami dihidangkan air epal panas dengan sedikit kuih-muih. Ia merupakan puncak pengalaman kami di Switzerland dan sesuatu yang tidak dapat dilupakan. Di Lucern, terdapat sekumpulan kecil masyarakat Islam Bosnia, Turkey, Arab dan Pakistan. Oleh itu makanan halal di kota ini tidak susah didapatkan. Kami menjamu selera di sebuah restoran Lebanon dan sempat menunaikan solat zuhor/zsar di sebuah masjid yang dibangunkan masyarakat Turkey di situ. PARIS, PERANCIS Perancis adalah negara Eropah yang paling ramai penduduk Islam, dengan anggaran sehingga 10 peratus penduduknya Muslim.

 Kios makanan halal bertaburan di sekitar Paris. Namun kalau mahukan asam pedas atau sambal belacan, lupakan sajalah sebab hampir seluruh masyarakat Islam Perancis merupakan golongan pendatang, antaranya dari Maghribi dan Algeria. Makanan halal yang disajikan rata-rata makanan ala Mediterranean atau Timur Tengah. Bagi penggemar makanan laut, Paris terkenal dengan makanan laut yang bermutu tinggi dan harus dicuba. Setelah penat mendaki Menara Eiffel, melihat-lihat sekitar kota Paris dan kenali sejarahnya, kami mengakhiri malam terakhir di Eropah di sebuah restoran makanan laut yang menghidangkan, antara lain, tiram mentah (tiram di Paris dikatakan yang paling segar), sup langoustine atau sejenis udang karang, dan ikan salmon. Makanan mereka mungkin bukan ikan tiga rasa mahupun yang dibakar dengan sambal, tetapi jika anda dapat pastikan makanan tiada campuran alkohol atau lemak daging, pengalaman anda menikmati makanan laut di Eropah pasti sesuatu yang tidak dapat dilupakan. Nota: Lawatan wartawan ke Eropah ditaja agensi pelancongan antarabangsa Trafalgar yang menawarkan pakej halal.

Kelantan gah tempah slot final



KELANTAN menepati ramalan apabila melangkah ke pentas final Piala Malaysia buat kali keempat dalam tempoh lima tahun selepas menyingkirkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan agregat 4-3.
Pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam tadi, Kelantan dan ATM terikat dengan seri 2-2.
Keputusan itu sudah mencukupi buat Kelantan mara ke final selepas skuad The Red Warriors itu menang 2-1 pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Majlis Perbandaran Selayang minggu lalu.
Pada aksi malam tadi, ATM terlebih dulu mengasak kubu Kelantan menerusi kapten, Hairuddin Omar dan peledak berbisa, Marlon Alex James dalam tempoh lima minit pertama perlawanan.
Kelantan kembali bangkit dan hampir berjaya memecah kebuntuan gol, namun rembatan kapten, Mohd. Badhri Radzi diselamatkan penjaga gol ATM, Farizal Harun pada minit ke-13.
ATM memperoleh 'gol semangat' apabila Marlon meledak gol pertama The Gladiators pada minit
ke-18.Marlon membuktikan sentuhan pemusnahnya semakin berbisa dengan menyumbang gol kedua ATM pada minit ke-35.Bersambung babak kedua, giliran Kelantan memberi tekanan kepada benteng ATM bagi memburu gol.
Tempoh 10 minit terakhir perlawanan ternyata menjadi milik Kelantan yang memperoleh gol pertama menerusi rembatan kencang penyerang gantian, Ahmad Fakri Saarani pada minit ke-82.Badhri terus menggamatkan stadium apabila menjaringkan gol kedua The Red Warriors berselang tiga minit kemudian bagi menjadikan kedudukan agregat 4-3.Bagi pengendali ATM, B. Sathianathan, beliau ternyata kecewa dengan keputusan pengadil perlawanan, Mohd. Nafeez Abd. Wahad yang mengesahkan gol pertama Kelantan.
"Kenapa dia (Nafeez) tidak nampak (kaki Fakri melepasi kepala pemain pertahanan ATM, Fazly Alias).
"Kalau bola itu tinggi, pemain pertahanan kita sudah gunakan kepala tetapi pemain (lawan) itu sambar juga, ia satu kesalahan."Apa-apa pun, saya tetap berpuas hati dengan persembahan yang ditunjukkan barisan pemain saya," katanya.Sementara itu, jurulatih Kelantan, Bojan Hodak sudah pasti gembira atas kejayaan skuad kendaliannya menempah slot final yang dijadualkan berlangsung di Stadium Shah Alam, 3 November depan."Mereka berjaya bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk mengikat kedudukan (2-2)," ujarnya


Bajet 2014

"MEMPERTEGUH KETAHANAN EKONOMI,MEMPERKASA TRANSFORMASI DAN MELAKSANA JANJI"






Perdana Menteri kesayangan kita baru saja membentangkan BAJET 2014 sebentar td. Bajet kali ini mempunyai 5 teras utama. Apa 5 teras utama itu?

1) Ekonomi domestik diunjur berkembang lebih kukuh antara 5% hingga 5.5%.
2) Pengangguran dianggarkan 3.1%. Inflasi kekal rendah antara 2 hingga 3%.
3) Eksport barangan diunjur berkembang 2.5% berdasarkan permintaan luar yg makin meningkat.
4) Bekalan, sektor permintaan dijangka berkembang 9.6%.
5) Pendapatan per kapita 2014 dijangka mencecah RM34,126 berbanding RM24,879 pada 2009,
     peningkatan 37% dlm 6 tahun.

Antara projek pembangunan yg bakal dilaksanakan dlm BAJET 2014 ini ialah :

1) Lebuhraya Pantai Barat Banting -> Taiping sepanjang 316 kilometer.
2) Menggantikan sistem pengurusan trafik udara sedia ada di Subang, Pusat Pengurusan Trafik
    Udara baru dgn kos RM700 Juta akan dibina di KLIA.
3) Peruntukan pinjaman mudah RM3 Bilion dibawah Dana Pembangunan Maritim menerusi
    Bank Pembangunan Malaysia.
4) Menaiktaraf Lapangan Terbang Kota Kinabalu, Sandakan, Miri, Sibu & Mukah dgn peruntukan
    RM312 Juta.
5) Kelajuan Internet akan dinaikkan kepada 10Mbps. Meningkatkan liputan internet luar bandar.
    1,000 menara pemancar telekomunikasi akan dibina dlm 3 tahun, pelaburan RM1.5 Bilion.
6) Kabel RM850 Juta dasar laut akan dipasang dlm 3 tahun, meningkatkan akses internet negeri
    Sabah & Sarawak.

Pelan tindakan utk meningkatkan ekonomi Malaysia ialah :

1) Subsidi akan distruktur semula secara berperingkat bagi memastikan ia dpt dinikmati oleh semua
    rakyat yg layak sahaja.
2) GST
   - Kerajaan cadang Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dimansuhkan & digantikan dgn
     Cukai Barang & Perkhidmatan (GST). GST akan mula berkuatkuasa mulai 01 April 2015
     sebanyak 6%.
   - Pengauditan projek melebihi RM100 Juta akan dibuat semasa pelaksanaan.
   - GST tak akan dikenakan bagi bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan
      bagi pengguna domestik.
   - Perkhidmatan pengangkutan serta perkhidmatan pendidikan dan kesihatan dikecualikan
     daripada GST.
   - Perbezaan gaji minimum yg ditanggung majikan dari 01 Januari 2014 hingga 31 Disember 2014
     akan diberi potongan cukai tambahan.

Pelan bantuan utk rakyat marhaen :

1) Bagi mengurangkan pengangguran siswazah, Kerajaan memperuntukkan RM50 Juta dibawah
    Tabung Usahawan Siswazah yg akan diuruskan oleh SME Bank.
2) Baucer Buku 1Malaysia diteruskan dgn nilai RM250.
3) RM47 Juta diperuntukkan utk perdalam dan perlebar Sungai Bertam, Cameron Highland yg baru
    saja dilanda banjir.
4) Subsidi gula dimansuh mulai 26 Oktober 2013. (esok)
5) BR1M 3.0 akan ditambah dari RM500 kepada RM650. Untuk bujang 21 tahun keatas,
    ditambah dari RM250 kepada RM300.
6) Kerajaan umum bonus 1/2 bulan gaji atau minimum RM500,dibayar pada Januari 2014 pada 
    penjawat awam.
7) Meneruskan bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah.

Samsung Taiwan disaman kerana fitnah reputasi HTC


 Suruhanjaya Perdagangan Adil (FTC) Taiwan, semalam menyaman unit tempatan Samsung Electronics Co. kerana memfitnah reputasi syarikat pembuat telefon bimbit negara ini, HTC Corp.
Dalam satu notis di laman web suruhanjaya itu, FTC berkata, Samsung telah melancarkan kempen di Internet yang melanggar peraturan perdagangan secara adil untuk memuji telefon pintar Samsung sambil mengkritik produk HTC.
FTC mengemukakan saman sebanyak T$10 juta dolar (RM1 juta), selain turut mengemukakan saman berjumlah kecil kepada dua syarikat perdagangan Taiwan yang bertanggungjawab membina kempen Internet itu.


Chong Wei ketuai kemaraan di Terbuka Perancis


Pemain perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei mengetuai kemaraan ke pusingan suku akhir Siri Super Terbuka Perancis 2013, selepas menang pusingan kedua semalam dengan menewaskan pemain India, Ajay Jayaram 21-18, 21-18 di Stadium Pierre de Coubertin, Paris.
Chong Wei yang merupakan pemain pilihan pertama kejohanan hanya memerlukan 45 minit untuk menunjukkan jalan keluar kepada pemain India tersebut sekali gus menempah slot ke suku akhir dan akan bertemu pemain Thailand, Boonsak Ponsana.
Sementara itu, turut cemerlang ialah beregu lelaki negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang mengenepikan cabaran beregu Jerman, Michael Fuchs-Johannes Schoettler 21-19, 21-19 dan mereka akan bertemu pasangan, England, Chris Adcock-Andrew Ellis.
Turut mara ke suku akhir ialah satu lagi pasangan beregu lelaki, Hoon Thien How-Tan Wee Kiong yang mengalahkan gandingan Hong Kong, Chan Yun Lung-Lee Chun Hei 21-18 21-18. Mereka akan bertemu pasangan Korea Selatan, Lee Yong Dae-Yoo Yeon Seong esok di peringkat suku akhir.
Beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying yang juga pilihan kelima kejohanan juga mudah mengenepikan pasangan England, Chris Langridge-Olver Heather, 21-18, 21-17 seterusnya akan menentang pilihan pertama dari China, Zhang Nan-Zhao Yunlei hari ini.


Thursday 24 October 2013

Man U berpaling ke Eropah

LONDON: Selepas menghadapi hujung minggu yang suram, Manchester United sekali lagi mengalih pandangannya ke arah Liga Juara-Juara yang menjanjikan peluang lebih cerah apabila ia menyambut kedatangan Real Sociedad di Old Trafford dalam perlawanan pusingan ketiga Kumpulan A.
United tergelincir lagi dalam Liga Perdana apabila ia disekat 1-1 oleh Southampton, yang menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-89 perlawanan Sabtu lalu.
Keputusan itu meletakkan United di tangga kelapan, lapan mata di belakang pendahulu liga, Arsenal, sementara pengurusnya, David Moyes, terus diburu pertanyaan sama ada beliau calon yang sesuai menggantikan tempat Alex Ferguson di kelab paling berjaya di England itu.
United menduduki tangga atas Kumpulan A selepas menikmati kemenangan 4-2 ke atas Bayer Leverkusen dan seri 1-1 dengan Shakhtar Donetsk.
Dengan permulaan baik itu, United hanya memerlukan dua lagi kemenangan apabila berdepan dengan Sociedad sebanyak dua kali - di padang sendiri dan di padang lawan - bagi melayakkan diri ke peringkat selanjutnya.


"Saya rasa perlawanan ini penting bagi kami. Jika kami menang, ia akan meletakkan kami pada kedudukan yang kukuh dalam kumpulan.
"Kami perlu menggunakan kesempatan bermain di padang sendiri bagi mendapatkan keputusan yang diharapkan," jelas Moyes.
Sociedad melayakkan diri ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara selaku pasukan di tangga keempat La Liga Sepanyol dan menyingkirkan Lyon dari Perancis dalam pusingan kelayakan.
Namun, prestasi cemerlang mereka kian pudar apabila ia kalah dalam kededua perlawanan pembukaan peringkat kumpulan dan belum menang dalam sembilan perlawanan domestik di Sepanyol kecuali kemenangan 2-1 ke atas Valencia Sabtu lalu.
United pula tidak boleh terlalu yakin kerana ia bakal beraksi tanpa kededua tunggak pertahanan veteran iaitu Rio Ferdinand serta Nemanja Vidic dan pemain midfield muda Tom Cleverley yang cedera.
Moyes, pada masa yang sama, harus memilih sama ada akan mengekalkan penggantungan pada bakat muda Adnan Januzaj, 18 tahun, yang disenaraikan dalam kesebelasan utama United dalam dua perlawanan terakhirnya.
Sociedad pula dijadualkan turun tanpa Esteban Granero dan Dani Estrada yang cedera, tetapi kapten Xabi Prieto berpeluang beraksi selepas muncul buat seketika sebagai pemain gantian sewaktu menentang Valencia.
Kehadiran Prieto meningkatkan keyakinan pengurus Jagoba Arrasate yang berkata:
"Saya menjangka kami menunjukkan kemajuan dan berharap kemenangan ini (ke atas Valencia) akan menjadi permulaan yang positif.
"Kini kami dapat memikirkan untuk bertandang ke Manchester dan beraksi dalam satu perlawanan bersejarah. Dengan kemenangan ini, kami akan ke sana dengan penuh keyakinan."
Perlawanan dinihari esok adalah yang pertama di antara kededua pasukan.

Emas ditemui dalam daun kayu putih

Sydney: Kumpulan penyelidik di Australia menemui zarah emas tersembunyi di dalam daun pokok kayu putih, di hutan wilayah barat negara itu, penemuan dikatakan dapat membantu pelombong mencari simpanan baru logam berharga itu.

Saintis daripada Pertubuhan Penyelidikan Saintifik dan Industri Komanwel (CSIRO) berkata, mereka menemui logam itu di dalam daun pokok terbabit di hutan wilayah Kalgoorlie, yang pernah menjadi lokasi rebutan emas pada akhir 1800.

Pakar kimia Mel Lintern berkata, kajian mendapati pokok terbabit menyerap zarah emas pada kedalaman 30 meter di bawah tanah melalui akarnya. 

"Akar tunjang pokok kayu putih bertindak sebagai pam hidrolik di dalam tanah dan menyerap air mengandungi emas," katanya.

Jadi toksik

Beliau berkata, oleh kerana zarah emas itu berkemungkinan besar menjadi toksik, sistem pohon terbabit memindahkannya ke bahagian daun dan dahan yang dapat dibuang apabila ia gugur.
Di dalam kajian yang diterbitkan jurnal Nature Communications, CSIRO berkata zarah emas di dalam daun pokok berkenaan tidak akan mencetuskan rebutan emas kerana saiznya cuma sebesar satu perlima daripada saiz rambut manusia dan hanya dapat dilihat melalui imbasan X-ray.

Penyelidik yang terbabit di dalam kajian itu menganggarkan, zarah emas daripada daun 500 pokok kayu putih diperlukan untuk menghasilkan seutas gelang tangan.


Teroka emas

Bagaimanapun mereka berkata, penemuan itu memberi peluang kepada usaha meningkatkan kaedah penerokaan mencari emas selain menjadikannya lebih canggih dan mesra alam.

"Kaitan antara tumbuhan dengan simpanan emas yang tertanam di dalam tanah boleh membantu saintis menghasilkan teknologi baru penerokaan bahan galian," kata Lintern.

Penemuan simpanan emas baru merosot 45 peratus sejak dekad lalu, manakala harga logam itu melonjak ketika simpanannya semakin berkurangan. - AFP

'Ops bedil' Kelantan


Kuala Lumpur: ‘Ops benam Kelantan’ - Itulah misi Tentera menjelang perhitungan hidup mati menentang The Red Warriors (TRW) pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam ini.

Bagi ketua pasukan Tentera, Hairuddin Omar atau Hai-O, peluang The Gladiator untuk ke final masih belum tertutup kerana dalam aksi separuh akhir tidak ada pasukan pilihan dan kedua-dua pasukan memiliki peluang sama rata. 


Sehubungan itu, katanya rakan sepasukan harus memanfaatkan baki 90 minit perlawanan bagi meranapkan impian TRW yang berkelebihan dengan kemenangan 2-1 pada pertemuan pertama di Stadium Selayang, Jumaat lalu, untuk ke final. 

“Seluruh pasukan lebih bersemangat untuk turun beraksi dan kami tidak akan mudah menyerah kalah. Baki 90 minit harus dipergunakan dan kami akan bermain bermati-matian sehingga wisel penamat. 


“Misi kami ialah membenam Kelantan kerana bagi kami apabila sampai di peringkat separuh akhir, tidak ada pasukan pilihan dan kedua-dua pasukan memiliki peluang sama rata. 

“Sememangnya semua pemain harus tampil dengan semangat dan mental yang kuat bagi memberikan aksi lebih yakin di depan puluhan ribu penyokong lawan,” katanya semalam.

Hai-O turut bersetuju dengan pengendali pasukan, B Sathianathan yang menuntut pemain supaya berwaspada dengan kelibat empat pemain Kelantan, Dickson Nwakaeme, Mohd Norfarhan Mohamad, Indra Putra Mahayuddin dan Mohd Badhri Radzi. 
Dalam masa sama, Hai-O percaya The Gladiator memiliki kelebihan berbanding Kelantan dan yakin pemain berpengalaman seperti Shukor Adan mampu memberi rangsangan buat pemain muda lain untuk tampil lebih cemerlang.

“Sememangnya Tentera dibarisi ramai pemain berpengalaman. Dengan kehadiran pemain ini, sekurang-kurangnya ia dapat membantu pemain muda untuk mengatasi rasa gementar ketika beraksi di pentas tertinggi terutama di depan penyokong lawan,” katanya.

Tuesday 22 October 2013

10,000 dilatih jadi pemain bola bertaraf dunia


Kuala Lumpur: Lebih 10,000 kanak-kanak dan remaja dari seluruh negara akan dilatih menerusi Program Pembangunan Bola Sepak Negara 2014-2020 untuk melahirkan pemain bertaraf dunia.


Menerusi program itu, kerajaan mahu mencungkil bakat pemain berumur tujuh hingga 17 tahun untuk membentuk pasukan bola sepak negara bagi melayakkan diri ke Piala Dunia Remaja 2019.


KJ Berkata, program tu juga bertujuan mengembalikan zaman kegemilangan bola sepak negara seperti ketika Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari.


'Bayar balik'- FAM minta PBNP dan PBAT bereskan isu tiket separuh akhir dengan penyokong

Kuala Lumpur: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menegaskan penyokong yang sudah membeli tiket yang tulen tetapi tidak dibenarkan memasuki stadium ketika separuh akhir pertama Piala Malaysia minggu lalu boleh mengemukakan tuntutan kepada persatuan negeri yang mengeluarkan tiket berkenaan untuk mendapatkan semula wang mereka.

Terdahulu, kekecohan meletus dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia antara Tentera dan Kelantan di Stadium Selayang Jumaat lalu apabila ramai penonton yang sudah membeli tiket tidak dibenarkan memasuki stadium menyaksikan perlawanan kerana ia sudah penuh.

Malah, kejadian itu berulang ketika perlawanan antara Pahang dan Sarawak di Stadium Darul Makmur dan lebih malang ia membabitkan peminat Sarawak yang sudah mengeluarkan perbelanjaan tinggi untuk datang ke Kuantan semata-mata untuk menyaksikan perlawanan itu. 

FAM hanya cetak tiket final saja: Sivasundram




Sivasundram berkata, pihaknya memandang serius kekecohan membabitkan isu tiket pada kedua-dua perlawanan itu dan memberi amaran kepada kedua-dua tuan rumah aksi timbal balik - Kelantan dan Sarawak - jangan sampai situasi sama berulang.

Menurutnya, pihaknya sudah meminta laporan daripada Persatuan Bola Sepak Angkatan Tentera (PBAT) dan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) mengenai kejadian itu untuk diteliti pada mesyuarat khas.

“Ia kejadian yang memalukan dan persatuan negeri harus bertanggungjawab di sebalik kekecohan yang berlaku itu. Apa yang dikesalkan, FAM turut menjadi sasaran kemarahan penyokong sedangkan kami hanya bertanggungjawab mencetak dan menjual tiket hanya untuk aksi final.

“Kami juga harap ia tidak berlaku lagi pada separuh akhir kedua Jumaat dan Sabtu ini. Kami harap Kelantan dan Sarawak perlu bijak menangani isu limpahan penyokong dan mereka perlu faham kehadiran penonton adalah perkara nombor satu yang perlu ditekankan,” katanya.